Showing posts with label show. Show all posts
Showing posts with label show. Show all posts

Monday, 6 June 2011

yuk nyanyi datuk harimau.. !!



salam,,
hehe kali inimm entri yang sepatutnya diletakkan pada 2 bulan lepas,, tapi tak pe
kite FLASHBACK BALIK K,,
 EHEHE

Poster diatas ialah sebuah poster bagi pelajar-pelajar semester akhir diploma. Macam aku dulu buat cite ASYSYURA.
HAAA kali ini mereka buat 4 cerita.. masing2 ada tajuk masing2. tapi tema pada kali ni ialah here and now. Maka setiap pensyarah perlu mengeluarkan keringat peluh tiak dan akal untuk mencipta sebuah naskah yang bertemakan here and now dalam negara kita.
Pementasan ini telah dibuat pada 9-11 april 2011. Di Dewan bahasa dan Pustaka. 4 cerita tersebut ialah
-Satu Plastik Hitam karya en. Syahrul Fithri Musa
- Hujung Nyawa karya Pn. Aminah Rhapor
-Mozek karya Prof Chess
-Datuk Harimau karya Pn. Umi Kalsom.

LET'S CHECK IT OUT!!




EYHHH...!!?? -_-'. APA yang aku buat kat sini??? siap posing bagai,,
heheh ok2.. sebenarnya aku dan kawan aku, pika, telah diberi mandat oleh Pn. Umi Kalsom untuk menjadi koreografer dan korus bagi kumpulan Datuk Harimau.
Niat aku hanyalah membantu, disamping mencari pengalaman,..
jadi aku terima tawaran itu,, maka sekarang ni aku mempunyai dua kerja
satu dalam Produksi TANAH BERNANAH dan satu lagi ialah DATUK HARIMAU,
fuhh~~~~ tapi tak pe;.. disebabkan minat yang mendalam,. ak redah saje,,  heheh :)



ini lah set pentas bagi Kumpulan Datuk Harimau.. CANTIK KAN??? haa ini ialah hasil pemikian Pn. Umi sendiri dan disebabkan itu, set pentas ini telah memenangi anugerah Sinografi Terbaik sempena Malam Karyawan.. haaa.. meletup uolsss... :p




tadaaa..sesi menempel,, heheh mesti korang pelik kenapa baju kiteorang mcm vogue da vazzz.. hahah
sebenarnya konsep cerita ini ialah eksperimental, maka kostum pon telah dieksperimentalkan. Crita yang menarik kerana banyak flashback yang dibuat.,. dan banyak juga lagu-lagu rakyat kanak-kanak yg ada dlm naskah ini,, antaranya..
-Datuk Harimau
-Jan jan jala,,
-Bangau oh bangau

haa mesti korang ingatkan.. best woo mase kecik2 nyanyi lagu ni,, so masa ak bawak watak budak2 dlm cerita ni memang enjoy la,, hehe



masa ni sumpah aku menahan peluh yang turun kat dahi.. tahan rasa2 gatal kat hidung kat tangan kat muka,, yelah mana taknya, masa ni dalah la duduk depan penonton... tahan yolah,, heheh



haa,, in character katanye,,


tamat sudah,, take a bow sikit!!



team yang paling best!! hehehe




selepas pementaan berakhir, mereka berpelukan kerana ini adalah showcase yang terakhir dibuat. kerana selepas ini tidak akan ada lagi showcase yang ada.
sob~ sob~~ :'(


ini kumpulan 1 plastik hitam


ini kumpulan Mozek..

Sedikit trivia mengenai cerita Datuk Harimau,
mengisahkan mengenai kehidupan seorang isteri yang kononya dianggap sebagai contoh dan modul isteri yang baik pada mata masyarakat umum, sedangkan kehidupan realiti si isteri tidak begitu, kerana si isteri dihantui dengan kisah hitam silam. Si isteri telah dirogol oleh bapaknya sendiri semasa kecil, maka rasa ketakutan dan kegilaan itu memakan dirinya sehingga diceraikan oleh suaminya akibat tidak tertahan lagi dengan sikap sang isteri yang  tidak mampu melawan perasaan sendiri..

sekian,, wink!wink!

ini bahagian yang paling minat!!!!


salam,, poster diatas ialah poster subuah pementasan teater yang bertajuk TANAH BERNANAH,
sepatutnya, entri ni aku kne update 2 bulan yang lepas sebab pementasan ini ialah pada 1 hingga 3 april 2011. di muzium negara. disebab kan aku ni bnyak makan semut, sampai pasword pun lupa jadi terpaksa la post hari ni,,. (pengsan bukan?) -_-'

ok, inilah minat aku, lepas je aku sambung belajar, aku terus intai-intai peluang, mana la tau ada casting ke, bila ada je aku terus sambar, sebab aku suka berlakon,, heheh jadi casting punya casting, last2 production Purple White Resources menawarkan aku untuk berlakon dalam pementasan kali ini. Aku dapat watak KIAH. Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai PELACUR dan tinggal di sebah perkampungan setinggan.
Pergh,, dengar perwatakkan KIAH ni je da buat aku pening da nak pikir cam ne cara terbaik nk wujudkan pelacur ni, sebab tak pernah melacur, heheh . Teater ini diarahkan oleh Harith Nin Hamshah. Sebenarnya produksi ini sebagai showcase bagi pelajar degree yang ambil bidang pengarahan. Kiranya projek akhirlah,,

jadi disebabkan itu, maka latihan sangat penting di dalam sesebuah produksi.. (ehem!)




lihat gambar ,diatas ialah aktiviti  pemanasan badan sebelum latihan (asal aku kelihatan berselendang bagai???)-_-'

Pn. Aminah rhapor.(nampak tak?) yang tengah berdiri memberikan komen terhadap latihan yang dibuat. (aku memang tak leh duk diam ar. dr tadi usik rambot. ish!!)



\muka semasa aktiviti pemanasan badan (urutan si Zaim ni wat aku telena la plak)


haaaa..
inilah dia KAK KIAH kite (gambar bawah),, tu babak selepas melayan pelanggan..
watak ni memerlukan aku untuk menghisap rokok
errr,,, nak tak nak terpaksa lah belajar menghisap rokok.
weyhh!!! last weyh.. aku hisap pon atas tuntutan skrip
time show pkai rokok eletronik
poihh!!! tak sedap! heheh





Lepas pelanggan balik, tinbalah masa untuk memBANTAI anak aku, yang bernama ANJAH.
ANJAH dilakonkan oleh Saidi Ali. Senior aku,  teruk budak ni kene belasah ngn aku haa,,



heheh gangster tak?? se gangster si Kiah ni pon, jari tu tak yah la lentik sgt,, heheh



sian die kene pukul,,, (emosi yang cukup mendalam daripada Saidi semasa mengucapkan MONOLOGNYA,)


KIAH dan SALMAH,, dua seteru yang tak sebulu,, ada je yang tak kene pada mata si SALMAH pasal KIAH. n sebaliknya.. mulot masing2 time ni,, perghh!!! laha habis la,, (motif berebut paip ayor je)




masa scene gadoh ngn salmah lakonan Kak Haryani, senior aku, fuh!! nasib baik tak terlucut kain batik tu KIAH oi,,,, time ni sumpah aku risau.. gile tak risau, da la ni pertama kali aku berlakon berkemban cam ni haa,,



Salmah dan BIDIN lakonan RAZALI HUSSIN.. :)


 MY MOTHER Pn. Rusnah sentiasa hadir pada show yang aku buat.. terima kasih ibu,,
selepas pementasan ialah sesei bergambar bersama penulis asal karya TANAH BERNANAH. PN. Aminah Rhapor.

Tajuk pementasan ni ialah TANAH BERNANAH. Menurut Pn. Aminah, Tanah Bernanah itu melambangkan bahawa kawasan itu penuh dengan busuknya, daifnya, miskinnya, rosaknya, teruknya. dan segala macam perkara negatif yang berlaku di dalam massyarakat kita. Jadi skrip ini diangkat bagi mewujudkan intrepetasi judul itu, untuk di kaitkan dengan masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ni.. 


sekian.. wink!wink!,,